Saturday, October 8, 2011

KISAH 'AINUL MARDHIAH' BUAT SYUHADAH FIL SABILILLAH

Bidadari merupakan satu anugerah Allah swt kepada seorang laki-laki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua semua bidadari-bidadari tersebut).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah sw...t dan ini merupakan sunnah besar Nabi saw dan di kalangan sahabat-sahabatnya. Setiap manusia yang mati walau berapa umurnya akan tetap ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan?

Kisah…….

‘Ainul Mardhiah' (mata yang diredhoi) adalah bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi ketika Nabi saw memberi kata-kata semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah. Kata Nabi saw, "siapa-siapa yang keluar di jalan Allah dan tiba-tiba dia shahid, maka dia akan dianugerahi bidadari yang paling cantik di antara bidadari-bidadari di syurga". Mendengar berita itu, seorang sahabat yang usianya sangat muda terlalu ingin tau bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia malu mau bertanyakan kepada Nabi saw kerana malu pada sahabat-sahabat Nabi saw yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai seorang yang akan keluar/pergi berjihad. Sebelum Zohor, (sunnah Nabi) Nabi saw akan tidur sebentar (dipanggil khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jamaah tadi tidur bersama-sama Nabi saw.

Dalam tidurnya dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia, lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah', lalu ditunjuknya di suatu arah, maka berjalan dia di suatu pepohon dan beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat kecantikan yang begitu cantik dilihatnya di dunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah? Wanita itu menjawab, "...ehhhh bukan, saya khadamnya Ainul Mardhiah dan dia ada di dalam singgahsananya di sana".

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berlipat-ganda dari yang pertama tadi dan sedang menggilap permata2 perhiasan di dalam mahligai. Lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia Ainul Mardiah?. Lalu wanita itu menjawab…ehhh bukan, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini dan Ainul Mardiah ada di atas mahligai di sana. Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu dan kecantikkannya sungguh mengkagumkan, lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berlipat-ganda cantik dari yang pertama tadi dan berlipat-ganda cantiknya dari yang kedua dan tidak pernah dia lihat di dunia, lalu wanita itu berkata…"akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untuk aku". Bila laki2 itu mendekatinya, wanita itu menjawab, "nantiii...!! kamu belum syahid lagiiii…!! Pemuda itu terkejut dan sadar dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat yang lain. Dia berpesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi saw dan seandainya dia shahid, barulah boleh diceritakan kepada Nabi saw.

Petang/sore itu pemuda itu bersama-sama dengan jamaah bersama Nabi saw telah keluar berperang dan ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang/sore saat semua jamaah telah pulang ke masjid, saat mau berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (menunggu makanan juga adalah satu sunnah Nabi saw). Maka teman2 pemuda yang shahid tadi telah mendekati Nabi saw dan menceritakan tentang sahabat Nabi saw yang syahid tadi. Dalam saat menceritakan itu, Nabi saw menjawab, "benar, benar dan benar. .. ", cerita tersebut.

Akhirnya Nabi saw berkata, "..memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia (pemuda itu) sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga…."

Subhanallah..

0 comments: