Saturday, February 27, 2010

Cerita Lawak.. Kering Gusi...hahahhaa

Al-Kisah Si Koboi
Al-Kisah... Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata : Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari". Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya : Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi. Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu. Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata : Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya. Si Ular Berkata Dengan Tenang : "Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang. Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata : "Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran. Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak : "Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!". Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!. MORAL : Masa Kat Sekolah Dulu Tak Ambil Subjek Pendidikan Moral .



Bertuah punyer Boboi!
Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing. Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke, mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer..sesuka hati dia jerit kat mak dia... "mak..boboi nak kencing!!!". Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi, "Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi pon mengangguk tanda paham. Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya. Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi. Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya... "Nenek...Boboi nak nyanyi!!". Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!", terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah... "Um..yerlah..boboi.boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....." mesti korang bleh agak ape yg berlaku seterusnya kan.. hihihihi




Pesakit Jiwa dan Pilot
Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan di pandunya. Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu. Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri. Tiba2 kapal terbang yg mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan2nya supaya berhenti bermain. 5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, "Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau bagi tau sama kawan2 kau itu?". Pesakit itu pun manjawab "Saya bagi tau kat kawan2 saya ..... kalau nak melompat2............pergi main kat luar!!!!


Temuduga
Johan dilahirkan tanpa telinga, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank.Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Tetapi diakhir temuduga Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga," jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Tetapi diakhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Eeemmm....tuan tak ada telinga," sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu, walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga".

0 comments: